RSS

Rabu, 28 Julai 2010

APA NAMA?????

Pernahkah anda mendengar orang tua-tua berkata, nama panggilan itu adalah bagaikan satu DOA? Sebenarnya, setiap apa sahaja yang kita perkatakan, sekiranya ia diulang berkali-kali, ianya akan menjadi satu doa. Ia bagaikan diminta-minta…dan dengan izin Allah, ianya menjadi kenyataan.

Kata penceramah popular, Ustaz Ismail Kamus : “Nama kita atau nama panggilan seharusnya dipilih yang baik-baik. Kerana, apabila setiap orang di sekeliling kita selalu memanggil kita, maka nama kita itu bagaikan menjadi satu doa. Sebab itulah nama kita seharusnya mempunyai maksud yang baik-baik. Bukan pakai pilih ikut sedap didengar”

Seperti nama Junaidah atau Junainah…ramai orang mempunyai nama ini. Best je bunyi nya…Tapi tahukah anda maksud Jun yang sebenarnya? Jun adalah sama dengan JIN, cuma Jun adalah untuk “Jin Betina”. Maka Junaidah? adalah “Anak jin betina” …amacam?

Cuba bayangkan dialog ini, apabila kita memanggil namanya.

“hi Junaidah” samalah dengan…
“Hai Anak Jin Betina” adoi..

Sedih2 nama aku selama ini Jin upenye...Tapi aku xpercaye sbbnye aku pernah mencari nama aku di dalam buku2 tok nama pilihan..nama aku Junaidah yang bermaksud pahlawan @kemerah2an..n statement aku ni diperkukuhkan lg dgn ayat sorg pengomen..lihat ini!!

Makna nama Junainah, asal perkataan Jan/Jin (huruf ‘jim’ dan ‘nun’)…. bermaksud tak nampak. Memang kita tau kita tak nampak Jin.
Ia boleh jadi perkataan ‘Jannah’(Syurga) pun tak nampak.
Boleh juga jadi perkataan ‘Janin’ pun tak nampak (dlm perut ibu)
Jadi Junainah boleh ditakrifkan sebagai Jin Betina. Tapi sedikit dari segi pemahaman saya, Junainah lebih bermaksud kepada Taman-Taman Syurga.

2ndly : tentang nama Junaidah pulak, ikut kefahaman saya, ia berasal dari perkataan ‘Jund’ yang bermaksud askar. dari ‘Jund’ boleh jadi ‘Junaidi’ (askar lelaki) dan ‘Junaidah’ (askar wanita)

Em pendapat mamat nie mmg blh diterima akal..apa yang Dato Ismail Kamus ckp i2 benar namun disalah tafsir oleh orang yg kurang arif..huhu.xmasal2 name aku dikatakan jin betina!!!Ada ker patut???

Tiada ulasan:

Catat Ulasan