Selasa, 17 November 2009
Cinta..
Dan percaya atau tidak
Setiap orang dikurnaikan nikmat untuk bercinta dan dicintai..Namun di era serba canggih dan dan moden ini ramai remaja hanyut dibawa arus kenikmatan bercinta.Malam tadi tepat jam 9.00 malam mataku dihidangkan dengan cerita yang bagi aku amat sesuai aku jadikan pedoman untuk aku menempuh diri ini..Cerita yang aku rase wajar ditonton oleh semua golongan.Tajuk cerita ini cukup simple iaitu bahang rivina.Lihat tajuk itu sudah cukup untuk membayangkan betapa panasnya api yang membara.
Kehidupan yang sederhana sebenarnya tidak pernah membuat manusia bersyukur..Disebabkan jiwa yang memberontak vina ini sanggup untuk melanggar hukum-hukum sebagai anak..Tidak pernahkah beliau terfikir kehidupan orang-orang yang kelaparaan sentiasa menagis untuk mendapatkan sesuap nasi?..
Mengapa ini semua berlaku adakah salah mak n ayah dalam mendidik anak-anak.Mungkin mereka sibuk dalam tuntutan kehidupan material.Sebenarnya sebagai anak aku cukup berterima kasih pada mak n abah kerana memberi pengajaran yang amat banyak pada diriku ini.Ya memang aku akui dalam mengejar kenikmatan cinta manusia sanggup melakukan apa sahaja untuk setaraf dengan pasangannya..itulah hakikat kehidupan..Bila bercinta semuanya nampak indah bak kata orang dulu-dulu kentut pn dikata pakai minyak wangi..
Sedarlah wahai sahabatku..cinta itu jika tidak dijaga dan disuburi dengan iman akan membuatkan kita lalai dengan segala2nya..
Ketahuilah sesunggunya dalam cinta yang hakiki hanyai akan ditemui jika iman sentiasa didada.
Ahad, 15 November 2009
Indahnya Malam Pertama....
Tuk merenungkan indahnya malam pertama
Tapi bukan malam penuh kenikmatan duniawi semata
Bukan malam pertama masuk ke peraduan Adam Dan Hawa
Justeru malam pertama perkawinan kita dengan Sang Maut
Sebuah malam yang meninggalkan isak tangis sanak saudara
Hari itu... mem pelai sangat dimanjakan
Mandipun...harus dimandikan
Seluruh badan Kita terbuka....
Tak ada sehelai benangpun menutupinya. .
Tak ada sedikitpun rasa malu...
Seluruh badan digosok dan dibersihkan
Kotoran dari lubang hidung dan anus dikeluarkan
Bahkan lubang-lubang itupun ditutupi kapas putih...
Itulah sosok Kita....
Itulah jasad Kita waktu itu
Setelah dimandikan.. ,
Kitapun dipakaikan gaun cantik berwarna putih
Kain itu ...jarang orang memakainya..
Karena sangat terkenal bernama Kafan
Wangian ditaburkan kebaju Kita...
Bahagian kepala.., badan. .., dan kaki diikatkan
Tataplah.... tataplah. ..itulah wajah Kita
Keranda pelaminan... langsung disiapkan
Pengantin bersanding sendirian...
Mempelai diarak keliling kampung yang dihadiri tetangga
Menuju istana keabadian sebagai simbol asal usul
Kita diiringi langkah longlai seluruh keluarga
Serta rasa haru para handai taulan
Gamelan syahdu bersyairkan adzan dan kalimah Dzikir
Akad nikahnya bacaan talkin....
Berwalikan liang lahat..
Saksi-saksinya nisan-nisan. . yang telah tib a duluan
Siraman air mawar.. pengantar akhir kerinduan
Dan akhirnya.... tiba masa pengantin..
Menunggu dan ditinggal sendirian,
Tuk mempertanggungjawab kan seluruh langkah kehidupan
Malam pertama yang indah atau meresahkan..
Ditemani rayap-rayap dan cacing tanah
Di kamar bertilamkan tanah..
Dan ketika 7 langkah telah pergi.....
Sang Malaikat lalu bertanya.
Kita tak tahu apakah akan memperoleh Nikmat Kubur...
Ataukah Kita akan memperoleh Siksa Kubur.....
Kita tak tahu...Dan tak seorangpun yang tahu....
Marilah membuat keseimbangan dalam kehidupan kita, sebelum kita menuju
ke
''Malam Pertama Kita''
Maafkan Aku
namun kehidupan kadang kala tidak jujur pada diri kita..
benarkah?..
maafkan aku kerana seperti cuba melarikan diri daripadamu..
namun terlalu banyak perbezaan antara kau dan aku...
mungkin kita terlalu awal mengikat kasih antara kita..
mungkin kita mengikut nafsu dan jiwa remaja...
tapi kini baru ku sedar..
bukan semua yang kita impikan akan kita dapat...
aku tak mampu untuk bertahan...
kerana kau terlalu jauh menyangka untuk aku..
aku bukanlah seperti mana yang engkau fikirkan...
hidup ku terlalu penuh ranjau dan banyak dugaan..
kau takkan bisa menghadapinya..
apatah lagi kita tak mungkin bersama...
kita terlalu berbeza...
maafkan aku...
bukan niatku melarikan diri daripada mu..
namun ini untuk kebaikan kita..
usah mencari aku lagi..
anggaplah kita tidak pernah berjumpa atau bertemu...
di luar andai kau bertemu aku..
alihkanlah pandanganmu..
aku takkan terasa...
itu lebih baik..
dari kita menangis kerana semalam!!!!!!!!
Coretan biasa
Dulu masa mula-mula masuk 'U',
Janji dengan mak abah nak belajar rajin-rajin,
Bila keluar nanti boleh sara mereka,
Tapi itu dulu.
Aku ingat lagi,
Dulu masa mula-mula bergelar mahasiswi,
Aku berazam dengan diri ku,
Rajin pergi kuliah
Rajin pergi library,
Rajin buat nota,
Rajin semuanyalah,
Percayalah,
Tak ada orang lain yang serajin aku,
Tapi itu semua dulu.
Aku ingat lagi,
Dulu masa-masa mula kenal kawan-kawan,
Semua kamcing-kamcing belaka,
Buat apa-apa mesti sama-sama,
Nak makan bersama,
Nak pergi merayau-rayau pun bersama-sama,
tak ada orang boleh kalahkan kekamcingan kita orang,
Tapi itu semuanya dulu.
Sekarang,
Aku tak tahu nak kata apa dengan mak abah,
Aku risau result yang keluar mesti mengecewakan,
Di mana janjiku dulu?.
Sekarang juga aku sedar,
Aku tak serajin dulu,
Rasa malas nak bangun tidur,
Rasa malas nak ke kuliah,
Rasa malas nak ke library,
Mana taknya tidur kalau tak pukul 12.00 pagi tak sah,
Bantai sembang dengan member-member tak tahu ayam dah berkokok,
Di mana azamku dulu?.
Sekarang aku tahu,
kawan-kawan aku ni bukan boleh pakai pun,
Bila senang baru nak terhegeh-hegeh bersama-sama,
Bila susah hilang entah ke ceruk mana,
Nak minta tolong punya susah,
Ada itu ada ini saja,
Di mana kawan-kawan ku dulu?
OO.. baru aku ingat sekarang,
Ni mesti sebab final exam.
Ya lah, aku sebenarnya takut bila result keluar,
Padahal carry mark aku okey stabil,
Yang buat aku malas pergi kuliah, bangun pagi, aku pergi kuliah semuanya,
Sebabnya dah cuti dah pun, Kan dah partikal sekarang ini,
Kawan-kawan yang hilang tu,
Bukan pergi mana pun,
Dia orang balik kampung la dan sibuk partikal,
Jumpa mak abah, kawan-kawan,
Pasal tu lah aku karang puisi ni kat bilik aku,
Rindu pada kawan-kawanku geng2 multimedia…
Rabu, 11 November 2009
Hayati mesej ini
wahai manusia,adakah iman kamu kuat atau lemah. adakah kamu berani untuk melawan DAJJAL.iman kamu hendaklah kuat dan hendaklah kamu jangan memikirkan kamu kuat.surat-surat berantai,mesej palsu,mesej nasib adalah semua tidak bagus.mempercayai nasib adalah fasik.hendaklah kamu membaca surah al-kahfi setiap masa yang lapang.
dajjal akan keluar apabila MasjidilAqsa tidak berazan selama 5 atau 7 hari. kemungkinan pada 21/12/2012. ramai orang fikir itu tarikh kiamat. TIDAK!!!! Nabi Isa tidak turun utuk berdakwah lagi selama 7 tahun!! dajjal ada 30. semuanya akan insaf sebelum mati. dikatakan dajjal benar akanberkuasa selama 44 hari atau tahun. jangan takut... dajjal tidak boleh masuk baitul maqdis,mekah dan madinah.
ya'juj dan makjuj tidak muncul lagi. kaum yang telah dkepung dan diperangkap oleh raja zulqarnain dan kaumnya serta membina dinding tinggi yang diperbuat daripada besi dan tembaga. haiwan yang aneh,ad-dabah,tidak keluar lagi.haiwan sepanjang 60 hasta ini membawa tongkat Nabi Musa dan cincin Nabi Sulaiman. matahari masih tidak terbit dari tempat terbenamnya bermakna pintu taubat masih terbuka.
kekurangan gempa bumi dan gunug berapi mengakibatkan tekanan pada bumi lalu mereka bencana terbesar di dunia. laut akan kering dan menjadi gurun. neraka jahannam akan terbuka pintunya. kiamat akan berlaku apabila tiada orang menyebut nama ALLAH.
sebarkan kepada orang lain terutamanya umat islam. sesunguhnya kiamat adalah jari hantu dan kelahiran Rasul Allah SAW adalah jari telunjuk.betapa dekatnya kiamat itu.sebarkan lah kerana kamu telah berjanji di awal
baca skiranya anda mngaggap diri anda beragama islam! sebelum kamu baca,saya berjanji untuk menyampaikan mesej ini kepda kawan-kawan saya yang lain dalam lingkungan tiga hari selepas habis membaca
20 sen dan harga sebuah iman..
Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia. Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid.
Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen. Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan
tentang wang 20 sen tersebut. "Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?", Imam tersebut bertanya kepada dirinya.
"Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup", kata Imam tersebut.
Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti. Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut.
"Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut.
"Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya", pemandu bas tersebut berkata.
Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya wajib berlaku jujur".
Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam".
Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan.
Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah!!!, Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir
menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!
Harapan seorang isteri kepada Allah swt
Saya seorang isteri dan juga seorang ibu, semasa saya belum berkahwin saya sentiasa berharap agar diberikan seorang suami yang solleh dan penyayang kepada keluarga. Akhirnya saya disusun oleh Allah swt untuk mendapat seorang suami yang saya rasakan sungguh baik buat diri saya. Tetapi apa yang saya sangkakan tidak sepertinya, suami saya adalah seorang penagih dadah, namun apabila saya mengetahui sudah terlambat kerana saya telah menjadi isteri dan juga ibu kepada anak-anak kami.
Saya tahu pengaruh dadah adalah suatu yang sukar untuk diatasi, apa yang saya lakukan adalah sentiasa berdoa agar ujian yang Allah swt berikan akan dapat saya lalui dengan penuh kesabaran dan juga mendapat keredaan dan kebaikan dari Allah swt.
Suami saya semakin hari semakin ganas, kadang kala in memukul saya, menendang diri saya dan berbagai-bagai lagi penyesaan yang saya terima, rasanya kalau nak cerita tak tercerita penderitaan tersebut. Namun saya tetap merasakan ini adalah suatu ujian buat diri saya kerana saya telah berdoa dan bersungguh-sungguh berharap agar mendapat seorang suami yang baik semasa saya belum berkahwin dan juga tetap berdoa agar suami saya adalah suami yang tetap baik selepas kami berkahwin.
Saya terus berharap kepada Allah swt kerana malu rasanya untuk memohon bantuan dari keluarga tetapi akhirnya semua keluarga mengetahui segala-galanya.
Saya hanya memohon kepada Allah swt agar Allah swt memberikan yang terbaik kerana semua yang berlaku adalah suatu pemberian dari Allah swt dan Allah swt maha mengetahui apa yang telah diberikannya.
Suatu hari suami saya telah terlibat dengan kemalangan dan koma dihospital, tugas saya telah bertukar pula dari penderitaan akibat pukulan dan tendangan suami kepada menjaga dirinya yang berada di hospital, kehidupan semakin baik walaupun suami saya sakit dan perlu menjaganya dihospital, saya telah mempu untuk mengunakan wang gaji saya untuk menyara kehidupan kami.
Saya tetap terus berdoa dan berdoa tanpa putus asa dan hanya berharap yang terbaik buat kami sekeluarga di dunia dan akhirat. Akhirnya setelah hampir setahun suami saya koma dan Allah swt telah memberikan selagi lagi peluang untuk beliau hidup seperti manusia biasa. Apabila beliau sedar, perkataan yang mula dikatakan olehnya adalah emohon kemaafan kepada diri saya kerana sikap dan perangai yang telah dilakukan kepada diri saya dan anak-anak.
Katanya dia telah bermimpi menghadapi suatu siksaan yang begitu hebat didalam neraka Allah dan saya telah membantu beliau untuk keluar dari tempat yang begitu menderita bagi dirinya. Tidak ada kegembiraan yang dapat digambarkan apabila akhirnya Allah swt telah memberikan yang terbaik buat saya dan diharapkan kami sekeluarga tetap akan mendapat kebaikan dari Allah swt sehingga bertemu dengan Allah swt nanti. Amin

